Selasa, 24 Februari 2009

Sambutan Hari Kebangsaan yang ke 25 pada 23 Feb 2009

Sambutan Hari Kebangsaan yang ke 25 telah berlangsung pada 23hb Februari 2009 di Stadium Kebangsaan Brunei. Orang orang kitani banyak yang terlibat menjayakan sambutan ini seperti dari Kementerian / Jabatan, Sektor sektor swasta, Persatuan-persatuan, Sekolah-sekolah dan institusi institusi pengajian tinggi. Sebelum acara kemuncak berlangsung, latihan latihan perbarisan dan tarian giat dijalankan.

Salah seorang dari cucu Hj Mumin dan Hjh Saeriah telah ikut serta menjayakan sambutan tersebut. Miza Aqilah yang menuntut di Sekolah Menengah PAP Hjh Masna dalam Menengah 2I telah terpilih untuk menyertai sambutan itu. Latihan perbarisan telah bermula dari minggu kedua bulan Februari hinggalah kemuncak sambutan.

Satu perubahan yang sangat ketara, setelah hari hari membuat latihan ialah kulit muka Miza menjadi gelap akibat lama berjemur di panas terik matahari. Satu lagi yang membuat Miza penat ialah memulakan perbarisan dari kawasan Filing Station Anggerek Desa hingga ke Stadium. U just imagine betapa jauh nya mereka memulakan perbarisan. Iatah time patang kan Ugama tepaksa tah ia skip kelas Ugama kerana kengalihan, kesian....cucu nenek....kwang..kwang...kwang....kwanggggg...

Walaupun ngalih tapi semangat kemerdekaan atu mesti ada, ani adalah satu kenangan yang berharga dan pada masa akan datang ianya akan jadi ristaan.

Miza Aqilah bertolak pukul 5.30 am subuh dari rumah
Subuh subuh pun kana suruh berposing.....heheheheeee...



Good morning teachers........


Penuntut penuntut berkumpul dan juga bersarapan pagi di sekolah


Miza Aqilah dengan bendera kecilnya
Asi...asi jua orang belakang atu, tumpang sekaki begambar........



Miza Aqilah & friends

Cuba teka yang mana satu jari tangan Miza.....?

Perbarisan masuk ke Stadium


Suasana warna warni dan gilang gemilang.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan